Ahad, Julai 25, 2010

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA NERANG
2010

Bertemakan ‘KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH’ sambutan Hari Koperasi Sekolah SMK Kuala Nerang telah diadakan dengan jayanya pada 3 Julai 2010 (hari Sabtu). Sambutan kali ini diadakan bertujuan menyemai budaya koperasi dan keusahawanan di kalangan para pelajar yang akan menjadi pewaris kepimpinan koperasi dan bakal usahawan negara pada masa hadapan, memberi pendedahan awal anggota-anggota koperasi sekolah terhadap konsep berkoperasi, keusahawanan dan selok belok perniagaan secara kreatif dan inovatif, mewujudkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan ahli koperasi dalam bidang keusahawanan dan membangunkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perancangan sambutan kali ini dibuat secara terperinci dengan memanggil mesyuarat ahli jawatankuasa terlebih dahulu pada 23 Jun 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKKN untuk membincangkan perancangan, pembahagian tugasan dan aturcara majlis.

Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari Koperasi Sekolah SMKKN telah dimulakan tepat jam 7.45 pagi bertempat di Dataran Putra SMKKN. Majlis Perhimpunan Khas sempena sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Mahmud Bin Mahamad untuk memohon keberkatan majlis.

Seterusnya Penyampaian Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Pengerusi Koperasi SMKKN Kedah Bhd, Perutusan daripada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan disampaikan oleh Naib Pengerusi Koperasi SMKKN Kedah BHD dan perutusan Yang Dipertua ANGKASA dibacakan oleh Wakil Ahli Lembaga Pengarah Koperasi SMKKN Kedah Bhd.


Selesai penyampaian perutusan, majlis diteruskan dengan acara kuiz spontan yang dikendalikan sendiri oleh tuan pengetua. Soalan kuiz berkaitan koperasi dan mencungkil idea pelajar melahirkan idea yang kreatif dan inovatif ke arah pembangunan koperasi sekolah.


Majlis perasmian diadakan dengan acara simbolik menanam pokok. Pada sambutan kali ini pokok ‘Pandan Bukit’ dipilih untuk ditanam oleh Tuan Pengetua. Tuan pengetua mengumumkan kawasan sekitar pokok yang ditanam akan diindahkan dengan landskap bagi menghijaukan lagi persekitaran sekolah. Ini diharapkan dapat menanamkan perasaan cintakan kehijauan di kalangan pelajar.

Ahli koperasi diterapkan juga budaya hidup sihat melalui penglibatan dalam sukan. Justeru itu Hari Koperasi diserikan lagi dengan penganjuran pertandingan Petanque bertempat di gelanggang petanque, Badminton bertempat di Dewan Perdana dan Bola Jaring bertempat di Dataran Putra.

Pertandingan Badminton diadakan dengan acara regu untuk pelajar lelaki sahaja. Setiap rumah sukan menghantar dua regu. Acara ini mendapat sambutan hangat dari pelajar.

Pelajar perempuan pula menyertai pertandingan bola jaring. Keseluruhan enam pasukan terlibat mewakili setiap rumah sukan.

Kemeriahan sambutan Hari Koperasi Sekolah kali ini tidak lepas dari menggadakan gerai jualan. Gerai jualan diadakan di kawasan Kantin sekolah. Kumpulan-kumpulan ini menunjukkan kesungguhan secara kreatif dan inovatif untuk menarik pembeli. Persaingan sihat ini dilihat begitu memberangsangkan ke arah melahirkan usahawan di masa depan. Ahli dapat belajar cara untuk menambahkan ekonomi.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah berakhir dengan acara kemuncak Penyampaian Hadiah yang diadakan di Dewan Terbuka. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tuan Haji Mokhtar Bin Hashim selaku pengerusi Koperasi SMKKN Kedah Berhad. Berikut adalah senarai pemenang pertandingan.
Pertandingan Petanque
Kategori lelaki :- Johan – Kumpulan Guru B
Naib Johan - Rumah Beta
Kategori perempuan:- Johan Kumpulan Guru B
Naib Johan – Kumpulan Guru A
Pertandingan Bola Jaring
Johan – Rumah Alfa
Naib Johan – Rumah Sigma
Pertandingan Badminton
Johan – Rumah Alfa
Abdul Halim Bin Haji Abdul Razak
Nor Hafizan Bin Jamil
Naib Johan – Rumah Beta
Mohamad Safuan Muhd Sobri
Mohd Amir Ikhmal Bin Zainon
Acara penyampaian hadiah berakhir pada pukul 1.30 tengahari.

Sebagai rumusannya Sambutan Hari Koperasi Sekolah kali ini berjalan lancer dan mendapat kerjasama yang baik dari semua warga SMK Kuala Nerang. Program ini amat bermakna dan memberi manfaat kepada semua warga SMK Kuala Nerang yang menyertainya.

Sabtu, Julai 24, 2010

SAMBUTAN ISRAQ DAN MIKRAJ

Tarikh : 15 / 7 / 2010
Tempat : Dataran Putra, SMKKN


Ustazah Aishah sedang menyampaikan tazkirah sempena Sambutan Israq dan Mikraj

Kuiz spontan diadakan setelah tazkirah dijalankan.

Persembahan Nasyid oleh kumpulan Nasyid sekolah

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah kepada Izzatul Ilyana Roslan yang terpilih mewakili negeri Kedah.
Beliau juga telah mengharumkan nama sekolah kerana mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Kraf Rimba

PERTANDINGAN KUIZ PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR (3p) PERINGKAT DAERAH 2010

Tempat : Swiss Inn Hotel, Sungai Petani
Tarikh : 13 Julai 2010


Wakil SMKKN
1. Muhammad Safwan Bin Mohamad Yusof
2. Muhammad Syazwan Aizat Bin Alias
3. Siti Aishah Binti Hamzah
4. Fara Eusniza Binti Rusli

Walaupun gagal mewakili daerah untuk keperingkat negeri namun penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang menarik.

KEJOHANAN TAEKWANDO ANTARA KELAB-KELAB PTBK KE 2 & JEMPUTAN ( WTF ) 2010

Tempat : Dewan ASRC, Alor Setar, Kedah

Tarikh : 11 - 13 / 6 / 2010


TAHNIAH KEPADA KELAB TAEKWANDO SEKOLAH YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

SENARAI WAKIL SEKOLAH DAN PENCAPAIAN


1. RIDHA FARHAN BIN MAHIZAL AZIM   ( HEAVY WEIGHT) - GANGSA
2. MUHAMMAD KHAIRY BIN NOOR ISMAIL (LIGHT WEIGHT) - GANGSA
3. MUHAMMAD SHAFIQ IMAN BIN HASWADI ( LIGHTMIDDLE WEIGHT) - PERAK
4. NUR AYUNI BINTI MAHAMAD SUKRI ( PIN WEIGHT) - PENYERTAAN
5. KU NURHASWANI BINTI KU SOBRI ( HEAVY WEIGHT) - PERAK
6. ABDUL FATTAH BIN AHMAD (LIGHT WEIGHT) - EMAS
7. MUHAMAD SHAHRUDIN BIN MAHAMAS SUKRI (PIN WEIGHT) - PERAK