Rabu, April 14, 2010

EXPDC GUNUNG JERAI 2010

TARIKH
02 - 04 APRIL 2010

ANJURAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KEDAH

TUJUAN EKSPEDISI
- Sebagai syarat untuk ahli Pengakap menperoleh 5 lencana tertinggi
- Salah satu syarat ujian untuk ahli mencapai Anugerah Pengakap Raja
- Untuk mendapat markah bagi 10 % kokuriklum.

Guru Pemimpin yang terlibat
1. Nordin bin Ahmad

Ahli Ahli Pengakap SMKKN
1.    Ismail Mohammad Nazam
2.     Mohammad Wizzar bin Mat Arshad @ Hashim
3.     Mohd Hafiz b. jusoh
4.     Muhammad Affan bin Effandi
5.     Muhammad Iqbal b. Nordin
6.    Muhammad hanif b. Zainol
7.    Nadia Syahera bt Rosli
8.    Nor Farah bt Cek Adenan
9.    Noor Solehah bt Mohd Nasir
10.    Nurul Aishah bt Zainal Abidin
11.    Siti Amirah bt Hassan
12.    Tahirah bt Zakaria
13.    Nurul huda Hafiza bt Mohd Sabri
14.    Noor Shafiqah bt said
15.    Siti Zuraihan najian bt Mohd Zahid
16.    Anis Ilyana bt Mohammad
17.   Norsuraini bt Ahmad Subib


PERURAN PERKHEMAHAN DAN EKSPEDISI PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN


1.   Persetian dan Undang-undang Pengakap menjadi teras utama peraturan perkhemahan dan ekspedisi.
2.   Semua peserta merupakan pelajar sekolah. Oleh itu semua peserta juga terikat dengan peraturan sekolah mengikut Ordinan pelajaran 1959 dan Akta Pendidikan 1996. (Contoh: Merokok, Vandalisme, buli, bergaduh dlln.) Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, sekolah dan waris akan dimalumkan jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin yang serius.
3.   Memakai skaf pengakap setiap masa (24 jam) sebagai tanda pengenalan kecuali ketika ke bilik air.
4.   Tidak dibenarkan keluar dari kawasan ekspedisi dan perkhemahan kecuali dengan kebenaran urus setia program.

5.   Jangan menyalakan api (lilin atau pelita) di dalam khemah.
6.    Semua pergerakan dan aktiviti harus mengikut kumpulan.
7.   Pergaulan bebas lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Peserta lelaki tidak dibenarkan  masuk ke kawasan khemah perempuan pada sebarang masa walau atas apa-apa alasan sekalipun, kecuali berlaku kecemasan, begitu juga sebaliknya.
8.   Dilarang memakai selipar, kecuali ketika ke bilik air. Semua peserta mesti berkasut dan berstokin.
9.   Sila jaga kebersihan di kawasan perkhemahan, laluan ekspedisi bagi menjaga imej baik pergerakan pengakap.
10.   Jika dipanggil berkumpul, pastikan anda datang SEGERA, tidak lewat dari  3 minit setelah wisel atau pengumuman dibuat.
11.   Sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak urus setia, rakan sekumpulan dan guru-guru apabila diminta melakukan sesuatu.
12.   Melaporkan dengan segera kepada urusetia/pegawai atau guru pengiring jika beerlaku kecemasan


MAKLUMAN
Log pengembaraan harus diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah masaing masing dalam tempoh 14 hari setelah tamat program.


T/Kasih


Pengerusi
Unit Program
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
Negeri Kedah Darulaman



FOTO EKSPEDISI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan